jom jalan-jalan

Saturday, December 19, 2009

LELAKI: SEDAR VS TAK TAHU ??






hola~
how r u guys today? ok? hopefully oklah..hurm, kembalinya ifin di sini untuk berkongsi satu lagik info yang rasanya cukup elok untuk diambil perhatian. nowadays, ramai di antara kita tidak tahu sepenuhnya tentang lelaki (especially bagi golongan perempuan la arn..). sometimes depa buat something yang lelaki tidak suka, sehingga boleh menyebabkan lelaki terasa, terkilan, sedih atau sebarang bentuk rasa yang kurang menyenangkan.

come on guys, lelaki juga manusia biasa (sama seperti perempuan). tiada bedanya. jangan didiskriminasikan lelaki melalui gender. kerana lelaki juga berhak diberi perhatian yang sewajarnya. dah ler mana-mana agenda yang terdapat sekang neh sumenya melibatkan perempuan, lelaki kurang mendapat tempat. so, tak salah kalau kita meluangkan sedikit masa untuk mengetahui serba sedikit tentang kaum yang bernam adam neh. so, ifin mahu berkongsi info neh with you guys. manalah tahu arn, ia buley menjadi panduan. so jum, look at it.. :D


***********************




* lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

* jika seseorang lelaki meminati seseorang, seseorang itu tidak semestinya cantik. cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. malah lelaki boleh menyukai seseorang yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.





* kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh orang lain.

* lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. so, jangan nak menemplak secara tiba-tiba!





* lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati seseorang (mostly la).

* lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton baywatch! atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool. it's normal guys, lelaki suka melihat kepada sebarang 'item' yang cantik. melihat dan menikmati keindahan ciptaan tuhan..





* kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak keluar untuk kali pertama! omg, dats true guys. walaupun lelaki secara fizikal nampak gagah perkasa tapi bila tiba part 1st date, hati lelaki juga buley jadi macam hati perempuan, cuak beb!!

* lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati seseorang, tapi tak semualah sebab ada segelintir lelaki yang mengamalkan konsep santai dan simple.





* bila lelaki cakap.. "hurm..tengoklah dulu".. itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

* bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan sekeliling memahami maksudnya.





* kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! tak percaya? korang nenoklah kawan-kawan korang yang dulu sekolah berasrama penuh. nenok camna pembawaan lelaki jenis itu. HAHA.

* adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila orang yang disayanginya asyik menyebut nama lelaki lain. so, jangan nak menggatal sebut nama lelaki lain di depannya. kalau tak, tapak kasut melekat kat muka. HAHA.





* lelaki tidak boleh belajar ke semuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

* betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting', dia tetap hanya ada seorang teman yang istimewa, yang lain hanya kawan.. :D





* bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tidak sengaja. depa merasakan kejadian wanita itu begitu indah! itu lumrah kejadian lelaki. memang tak leh nak buat apa.

* bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.





* bila ada yang mula meminati seorang lelaki, dia patut bagi hint! mana tau lelaki itu juga menaruh minat. senang usahanya nanti. sebab lelaki ini adakalanya terlepas pandang perkara-perkara camtu.

* adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong orang lain.





* kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata. depa lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari orang yang dikasihi. sebab itu dikatakan air mata adalah senjata halus untuk menundukkan lelaki!

* lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. so, janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!



***********************

so, bersama-samalah kita memahami lelaki neh. baik perempuan mahupun lelaki, jangan dipandang sepi perihal neh. kerana kejadianperempuan itu sangatlah complicated dan kewujudan lelaki amatlah miracle. perhalusilah attitude masing-masing, fahamilah behavior masing-masing dan terimalah seadanya kerana tiada manusia yang maha sempurna.

justeru itu, jangan mendabik dada kerana dada tidak akan bidang selamanya. jangan menongkat dagu kerana dagu tidak akan beban selamanya. jangan berpeluk tubuh kerana tubuh tidak akan kekal untuk selamanya.
till then guy. adioz amigoz adiozza.


***********************




setiap antara kita memiliki topeng.
menghindar daripada kenyataan.
atau keluar daripada kepompong.


Friday, December 18, 2009

LELAKI: ATTITUDE VS ZODIAC ??






hola guys~
i'm back. HAHA what the intro. anyway, agak lama ifin tak meng'update' blog neh dgn info-info berguna. almaklumlah, ifin cket bz bila dah nak akhir taon neh arn. bz dgn urusan di sekolah. a lot of things have to do, kena kejo due date before pengetua membebel. HAHA.

so, kali neh ifin mahu berkongsi satu benda wth you guys. ramai di antara kita ni (especially lelaki) kadang-kadang tak sedar perihal sikap dan sifat kita. kalau tahu pung, setelah diberitahu oleh teman-teman di sekeliling. otherwise, kita akan teros jadi spesis yang tak sedo diri. HAHA. so, i wanna share something neh. khas untuk lelaki-lelaki sahaja. our behavior according to our zodiac. but jangan teros percaya coz maybe there's a part yang tak kena dgn diri kita. mana yang tersama tu anggap sajalah ia suatu kebetulan. mana yang tak sama tuh, memang tak samalah. HAHA. hanya untuk hiburan semata-mata guys. no string attached. so jum, look at it together-gether. :D


********************************






001) ARIES (21 mac - 20 april)
badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat bekerja. pada badannya banyak bulu (hurm, banyak ye...), suka bergaul, bersemangat dan 'sangat' bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin. dia lebih suka mengarah, berani dan suka menjelajah. dia tidak tekun, dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu. dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan terutamanya dari segi daya penarik. dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya, kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita. di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang. nafsu syahwatnya tinggi dan apabila mendapat teman hidup, dia adalah kekasih yang bersemangat dan bernafsu. padanya cinta adalah amat penting kerana dia benci hidup keseorangan. dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya. ketika mula bercinta dia baik hati, mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan, dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.





002) TAURUS (21 april - 21 mei)
dia lelaki yang mempunyai badan yang berotot dan kuat. dia seorang yang praktikal serta berseni, mungkin boleh mengukir atau melukis. suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik, malah mungkin seorang ahli muzik. lelaki ini mudah bergaul, suka jenaka dan ketawa. walau bagai mana pun dia kurang keyakinan dan merendahkan daya tariknya sendiri. dia juga adalah lelaki stabil, konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu ke manakah arah tujuan dirinya. lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dalam rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya. lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya, di mana pada masa inilah dia akan merasa selamat di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu dan oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumahtangganya berpanjangan. dorongan syahwatnya kuat. dia sukakan keselesaan, makan dan mengumpul harta. kebolehanya menghias rumah dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik. oleh kerana lelaki ini lebih sukakan perkara yang telah biasa, dia tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa yang berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang lebih suka bergaul dan bijaksana.





003) GEMINI (22 mei - 21 jun)
lelaki gemini mempunyai muka dan badan yang menarik, adab dan senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya. dia seorang yang bijak berfikir, ingatannya bijak dan teratur menjadikannya pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri. dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain. dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri, yang tidak pendiam dan yang cerdik, bukan cantik menjadi keutamaanya. dia suka kepada luahan emosi, kerana itu dianggap kebudakan dan remeh, dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta, dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya. dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal, bukan hati. lelaki ini tidak begitu berminat dalam hubungan kelamin dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikkan. dia mengetahui mengenai hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan dari rasa berahi. dia bukanlah seorang kekasih yang bersungguh kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan memilih pasangan yang jauh lebih tua darinya, yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah padanya. wanita yang ideal ialah yang banyak harta, lebih tua, tetapi dia boleh jugak memilih wanita muda, yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan egonya dan lagaknya.





004) CANCER (22 jun - 22 julai)
lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan kekerasan. dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah menangis. sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan simpati dan sifat keibuan terhadapnya tetapi tidak patut dilakukan terlalu kerap kerana mungkin dituduh sebagai pondan. kebahagiaan rumahtangga amat penting baginya dan rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita. jika dia belum berkahwin, dia mungkin tinggal bersama ibubapanya, dia tidak suka berfoya-foya. dalam pergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup. mencari pasangan hidup agak sukar baginya kerana dia kurang kemas, pemalu dan kurang dorongan serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah, berharta dan pendapatan baik. antara kelemahannya ialah dia suka mengkritik dan mengadu dan menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya. walau bagaimanapun, dia adalah suami yang setia dan amat sukar untuk bercerai.





005) LEO (23 julai - 22 ogos)
dia seorang yang agak tinggi, kurus, gerakannya cepat tetapi lembut. matanya besar dan menarik dan rambutnya ikal. bibirnya mungkin nipis. dia suka menolong dan membantu orang. dia berkeyakinan dan berpersonaliti kuat, ini membolehkannya maju dan memimpin. dia juga suka menjadi popular dan dipuji. kehidupan cinta adalah penting padanya kerana dengan adanya orang yang mengasihinya membuatkan dirinya penting. bila dia terlibat dalam hal romantik, dia mudah bernafsu tetapi mudah pula redha. rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah tapi pasangannya perlulah menghormatinya dan setia kerana dia adalah lelaki yang kuat cemburu. dari itu sebagai isterinya, jangan mudah anda melihat atau merngerling lelaki lain. lelaki ini percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumahnya sebagai tempat berehat dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.





006) VIRGO (23 ogos - 22 september)
dia adalah lelaki yang agak kurus, tingginya serderhana, bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik dan dahinya luas, matanya nampak sedih tetapi lembut dan ini menarik perhatian wanita. sifatnya amat berhati-hati, nafsu syahwatnya rendah dan kerana ini, dia kelihatan tidak pasti, seolah-olah kekasih yang tertahan-tahan. dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan. dia mahukan kesempurnaan, sentiasa mahu mengawal dan jarang sekali terbawa oleh cinta. dia mengkritik dan mengadu. dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci, juga beradab dan ini menjadikannya pasangan yang setia dan mengambil berat. dia akan mengkahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya secukupnya. sifat bimbangnya membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan dan ini menjadikan dia kekasih yang kurang memuaskan, dia cepat sekali menyalahkan orang lain walaupun dia sebenarnya bersalah. dia juga mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasannya.





007) LIBRA (23 september - 23 oktober)
dia seorang yang seksi, tubuhnya agak menarik, pakainya agak kemas ada gaya bersih dan segar. matanya biasanya besar, bersinar dan menarik. mulutnya agak penuh dan menawan. lelaki ini mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit atau bahu yang kecil. lelaki libra tidak gemar tangannya kotor, dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut, pereka fesyen atau menjual barangan kecantikan. sikapnya terbuka, menyenangkan, suka bergaul, ramai kawan. sopan dan simpati. antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak disukainya, ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai. walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita, emosinya dikawal dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi. pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati, kemudian setelah beberapa lama, sikap itu tenggelam. dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju, wangian atau perabot. dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang dianggap penting.






008) SCORPIO (24 oktober - 22 november)
tubuhnya biasanya kecil, tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana. mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang jelas, hidungnya mempunyai hujungan yang lembut dan lubang hidungnya besar. renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain. samada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan. dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bila dia kegelisahan. dia seorang yang mudah tersinggung perasaannya tetapi dapat menyembunyikan keadaan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal. dia akan berusaha bertahun-tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam. suka jika dapat menunjukkan kuasa dan nampak lebih dominan dalam perhubungan. dalam hal seksual, dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri. 





009) SAGITTARIUS (23 november - 21 disember)
dia seorang yang suka bergaul, suka hidup yang baik dan berpoya. dia adalah insan yang paling romantik. dia menarik, mudah suka bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat-tempat yang menawan. dia mungkin berkerja dalam bidang undang-undang, agama atau politik. tubuh badannya agak tinggi, tubuh agak langsing dan menarik semasa muda tetapi semakin berisi bila tua. mukanya panjang, dahinya agak tinggi tapi sempit, hidungnya agak mancung dan suka ketika hidung itu menjadi kembang. giginya besar. dari segi berpakaia , dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar. dia lelaki yang agak boros dan jika tidak berhati-hati, mungkin terlibat dalam perjudian. lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati. tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang. ramai lelaki berbintang sagittarius yang kahwin lebih dari satu atau lelaki yang menyimpan wanita lain. 





010) CAPRICON (22 disember - 20 januari)
lelaki ini lebih berhati-hati dalam hidup dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan kaedah. dia tidak suka bertukar-tukar rancangan yang telah dibuatnya. dia agak pendiam, suka bekerja sendiri. dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang dilakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun. mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek. dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya. lelaki ini sukar jatuh cinta tetapi jika sudah jatuh cinta, dia akan amat mencintai. dalam hidup bercinta, dia kurang disukai. dia mementingkan keluarganya dan dia akan akan menyatakan apa yang dia fikirkan. apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan. dalam pergaulan, dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservatif.





011) AQUARIUS (21 januari - 19 februari)
tubuhnya agak tinggi dan kurus, tangan dan kakinya besar, bahunya lebar. mungkin rambutnya nipis. pakaiannya agak luar biasa. dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek. dia agak kurang romantik. dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa. dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang. lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara yang menarik untuk dilakukan tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya. dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat. dari segi seksual dia lebih mementingkan seks dari kasih sayang dan dia lebih suka kepada ramai pasangan. walaupun begitu, dia pandai menyembunyikan rahsianya itu bagi menjaga hati kekasihnya. sebagai lelaki, dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik tetapi dia adalah mengecewakan dari segi membuat komitmen.





012) PISCES (20 februari - 20 mac)
dia lelaki yang agak pendek dan berisi dengan muka yang agak bulat dan besar serta berjerawat. dari segi berpakaian, mungkin dia kelihatan kurang kemas. walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik tetapi dia mempunyai personaliti yang bagus, boleh berjenaka dan baik hati. dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi tetapi hatinya selalu bimbang. dia tidak suka berkelahi dan sedaya upaya mengelakkannya. hidupnya suka menggembirakan hati orang lain, dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan. tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan, menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita. dia agak sukar dari segi membuat keputusan dan agak bertangguh untuk kahwin. oleh kerana kelemahan ini, dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan. tapi dari segi bercinta, dia adalah seorang yang hangat, mengambil berat dan mengasihi serta menghiburkan.


********************************


so, korang rasa ada tak yang terkena pada diri sendiri? mcm ifin, lebih daripada separuh adalah benar belaka. ups. membuka rahsia diri nampaknya. HAHA. apa-apa pun, sekali lagik ifin katakan, info ini hanyalah untuk hiburan semata-mata. sekadar untuk menyegarkan mata yang mengantok. sekadar untuk meringankan minda yang tengah berserabut. sekadar ingin mengukir senyuman di bibir yang mugil.







actually, sikap & sifat kita ni ditentukan sendiri oleh kita sebab kita punya empunya diri, kita sendiri yang mencorakkannya. walaupun ada kajian yang membuktikan bahawa sikap & sifat ini adalah diwarisi dari keturunan kerana wujudnya DNA yang berterusan di dalam badan tapi kita boleh mengubah mana-mana yang mazmumah dan menggantikannya dengan yang mahmudah. tuhan pun tak akan mengubah kita selagi kita tiada usaha untuk mempertingkatkan kelebihan diri dan memperbaiki kelemahan yang disedari. so guys, ask yourself either you wanna be in a good behavior or bad attitude.

so, till then guys.
adioz amigoz adiozza.


********************************




cara mana yang kita pilih, itu adalah hak kita.
jalan mana yang kita pilih, itu adalah hak kita.
tiada penyesalan tiada ragunya kata-kata.


Monday, December 14, 2009

LIRIK LAGU INI MACAM SUPERB!!









ku… tak pernah merasa
gundah di hatiku, ketika denganmu
saat kau, kau belai rambutku
kau temani aku, kau basuh lukaku





kini semua berlalu
karena engkau tak memilihku





salahkah aku mencintaimu
walau ku tahu ku tak di hatimu
egokah aku memilikimu
walau ku tahu kau tak memilihku
ku harap tuhan cabut nyawamu
agar tak ada yang milikimu





sadarkah kini ku tak rela
iman ku telah sirna
mimpiku tak nyata





kini semua berlalu
karena engkau tak memilihku





salahkah aku mencintaimu
walau ku tahu ku tak di hatimu
egokah aku memilikimu
walau ku tahu kau tak memilihku
ku harap tuhan cabut nyawamu
agar tak ada yang milikimu
ku harap tuhan cabut nyawamu
agar tak ada yang milikimu


 

neh lirik lagu wali band. judul egokah aku. melodinya agak syahdu. bait-bait katanya menarik perhatian ifin especially part "ku harap tuhan cabut nyawamu agar tak ada yang milikimu". agak tamak haloba rasanya. agak egoistik di situ. dah judul lagu pun egokah aku. HAHA. :D





but frankly speaking ifin suka gak ler part tuh. HAHA. tp tuh tk bermakna ifin setuju totally. but serious shit, itulah namanya cinta yang harok!!! HAHA. ada pro and cons di situ. ada baik dan buruknya yang terselit di sebaliknya.






cuba kita selami, hayati dan merasai watak utama dalam lagu tuh. tentunya kita "akan bersetuju" dengannya. but other side membawa kita kepada satu sikap yang pentingkan diri sendiri. so, actually everything it's up to us to decide either we wanna the ending story in a good manner or bad behavior.
 




cintu itu suci. justeru itu, kita jangan merosakkannya dengan anasir-anasir yang buley meranapkan semua impian. sekali kita sudah bulatkan tekad utk membuka pintu hati menerima rasa itu, maka we have to move on. no such thing turning back. regret? also don't have a place for that particular item.


 

we have to realize that...cinta itu buley membawa kebahagiaan, juga buley memusnahkan hidup kita secara total. akal yang cetek menjadi penyumbang utama kemusnahan jiwa. pegangan yang rapuh menjadi tautan utama rosaknya hati. bila mana itu berlaku, hasutan dendam menjadi peneman sepanjang hayat. natijahnya, diri sendiri yang rugi. tepuk dada tanya pada hati. tepuk jiwa tanyalah pada rasa.


 

*********************





ifin pernah rasa cinta.
pernah juga rasa dendam.
dua medium yang cukup bertentangan.



Monday, November 30, 2009

AKHIRNYA TERLERAI YANG DINGIDAMKAN.









hola~
alhamdulillah, kesihatan ifin semakin better. more better than yesterday punya yesterday punya yesterday...agaga...ari neh ifin dah mula bekerja semula setelah 3 ari mc..uiks, lama tuh arn...haha...

memandangkan ifin dah pulih daripada keracunan makanan last week, ada la seorang hamba Allah neh bermurah hati mauk belanja ifin makan. di'offer'nya ifin  kenny rogers roasters. alahai, pucuk dicita ulam mendatang. dengan lebaran tangan yang seluas-luas alam ifin menerimanya. sape tak mauk kena belanja arn? agaga...

so here some snap for you guys..




pintu gerbang dia.



air ifin yg cokelat tuh. muffin cokelat ifin nye gak. agaga.



hurm...



pasta neh ifin buat sendiri pun buley. ag sodap. agaga.



nenok mcm terliur arn. agaga.



neh set my pren nye.



sama la dia nye.



ha...neh set ifin. nenok je teros lapo. agaga.



omg. omg. omg.



nyum. nyum. nyum.



gosh. nenok dia mcm nak mkn ag. camana. agaga.



sume skali sekian bil nye. taklah mahal sgt utk dua orang. ups.


**************************






bila dah ngidam neh jgn disekat-sekat.
kumpul la duit cepat-cepat.
kenyangkan perut yang dah ketat.

Saturday, November 28, 2009

KERACUNAN MAKANAN ... OMG!!








hola guys.
actually ifin takde mood sgt nak posting² neh...sbb masih dlm recovering ag. maybe next week kalo takde aral melintang, ifin akan berposting ag. neh ada cket wajah² sakit ifin. haha...show off arn...




mmg muka takleh blah...tp seriyes tgh menahan sakit...huhu...




"menumpang" sat kat kenari alim. sbb ifin tak berkemampuan utk drive ag..haha...




lemah je tenungan tuh...haha...show off...




nak "tumbang" time neh..tuh yg paut kat pintu keta tuh...huhu...




neh la namanya tak sedo²...dah sakit pung nak posing ag arn...haha...




amik angen luo...panas dlm umah atok...huhu...




ntah apa lah yang ifin nenok tuh...




mcm sedey je arn muka ifin...haha...gelik jep.





haha...neh mmg seriyes muka takleh blah...



**************************



seksa jugak kena keracunan makanan neh.
mencucuk perot tuh macam nak mati jep.
seb bek la ada yg membantu.


Saturday, November 14, 2009

TRUE FRIENDS








* i love you not because of who you are, but because of who i am when i am with you.

* no man or woman is worth your tears and the one who is, won't make you cry.

* just because someone doesn't love you the way you want to, doesn't mean they don't love you with all the have.

* a true friend is someone who reaches for your hand and touches your heart.
 

* the worst way to miss someone is to be sitting right beside them knowing you can't have them.











* never frown, even when you are sad, because you never know who is felling in love with your smile.


* to the world you may be one person, but to one person you may be the world.


* don't waste your time on a man / woman , who isn't willing to waste their time on you.



* maybe God wants us to meet a few wrong people before meeting the right one, so that when we finally meet the person, we will know how to grateful.


* don't cry before it's over, smile because it happened.











* there's always going to be people that hurt you, so what you have to do is keep on trusting and just be more careful about who you trust next time around.


* make yourself a better person and know who you are before you try and know someone else and expect them to knwo you.



* don't try so hard, the best things come when you least expect them to.


* whatever happens, happens for a reason.













******************











mudah mencari seorang kawan.
bukan susah juga mencari seorang teman.
tapi mencari teman yang ada sifat setiakawan...itu sukar.



Wednesday, November 11, 2009

MENGHARGAI ... TIDAK SEMUDAH YANG DISANGKA.







hola~
bagaimana kalian? sehat? erm, kali neh ifin mauk berkongsi² pandangan dan pendapat tentang topik neh. pe yg terluah di sini adalah pandangan ifin dan dari kaca mata ifin. kalo ada readers yang tidak bersetuju, its up 2u coz everybody's have their own authority untuk bersuara dan bertingkah. as long as tak mencarot dan x memaki hamun sudah la kan. so this is the topis:
MENGHARGAI ... TIDAK SEMUDAH YANG DISANGKA.








acapkali kita terlepas pandang persoalan itu. setiap kejadian manusia telah diciptakan sekali pelbagai anugerah dan kenikmatan. kiranya kita sebagai manusia sangat beruntung kerana memiliki segalanya. lucky us dude. but we did missed a part di balik tabir segala anugerah. alpa. lupa. terlepas pandang. itulah yang boleh digambarkan. kita sudah memiliki segalanya tetapi kita lupa untuk mensyukurinya...kita alpa untuk menghargainya. yess, menghargai. that's the word yang kita cari. sukar bukan untuk menghargai? kalo istilah 'LUPA' itu agak biasa kedengarannya tetapi tidak bagi kalimah 'MENGHARGAI'.







kita beruntung miliki segala yang kita impikan. bertambah untung sekiranya 'bonus tidak disangka' datang bergolek dalam arena kehidupan kita. pabila kita sedang menikmati ke semuanya, kita lupa untuk berterima kasih. kita macam tak berapa nak ingat untuk memberikan sedikit 'credit' kepada yang berkenaan.







pernah tak kita terasa hati apabila orang yang rapat dengan kita, insan-insan yang boleh dikatakan paling hampir dalam hati kita...seakan-akan 'hilang ingatan' dan tidak sedar akan kewujudan kita? pernah tak kita terkilan bila mana mereka yang kita sayang tidak ingat kat kita? pernah tak kita rasa sedih pabila kita mengharapkan mereka untuk sedar kewujudan kita tapi sebaliknya yang berlaku?







persoalan-persoalan ini sepatutnya tidak timbul apabila kita mempunyai rasa tanggungjawab dan kesedaran tahap tinggi. kita jangan melupakan mereka yang banyak berjasa pada kita. kita jangan sesekali tidak menghargai mereka yang 'beria-ia' dalam mendalami kehidupan kita. tidak perlu menuding jari kepada orang lain kerana kita sendiri akan merasai sebagai 'orang yang memberi' dan 'orang yang menerima'.







kita sebagai orang yang memberi ni sememangnya memberi dengan penuh keikhlasan dan tidak minta sebarang payback. but we must remember one thing. sedikit sebanyak kita sebagai pemberi ni tagihkan sekelumit peringatan dan penghargaan walaupun hanya dengan ucapan 'terima kasih' jep. bila mana penghargaan itu dikalungkan kepada kita, segala penat lelah yang kita 'beria-ia' sangat tuh sedikit sebanyak akan terubat dengan senyuman yang pastinya terukir di bibir yang mugil. sebaliknya, jika segala usaha dan jasa kita tidak diberi credit walau sebesar zarah...pasti terdetik di dalam hati, "sampainya hati"... serius walaupun ikhlas memang tahap tertinggi tapi bila mana terdetiknya rasa "sampainya hati" tuh, maka leburlah segala barakah keikhlasan tuh.







susah sangatkah kita untuk menghargai? sukar sangatkah kita untuk mengingati. menghargai tidak semestinya kita membalas dengan harta wang ringgit tapi ia cukup sekadar peringatan yang maha ringkas. sebagai contoh, kita pastinya miliki insan-insan yang kita sayang dan ambil berat rite? segala keperluan mereka kita prihatin bukan? segala apa yang berlaku padanya kita alert bukan? pastinya segala tarikh yang begitu penting padanya kita akan alert dan kita akan lakukan sesuatu walaupun hanya sekadar ucapan!







another side pulak, try to think out of the box sekejap. kita letak diri kita dalam situasi yang menerima. kita pastinya akan 'mengharapkan' sesuatu daripada hubungan sayang dan caring for sharing tu kan? walaupun hanya sekelumit, tapi kita still mengharapkannya. contoh paling mudah, tibanya detik yang amat bermakna dalam hidup kita seperti tarikh kelahiran atau pun tarikh ulangtahun perkahwinan ke kan...semestinya kita mengharapkan mereka yang tergolong dalam golongan "RAPAT BAGAIKAN ISI DENGAN KUKU" dan "AIR DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS" melakukan sesuatu untuk kita bukan? walaupun hanya sekadar ucapan 'selamat hari jadi' atau 'selamat ulangtahun perkahwinan ke-bla bla bla'. bila mana kita terlepas pandang untuk melakukannya, orang yang mengharapkan tu semestinya kecewa dan terkilan kan? apatah lagi bila pengharapan yang telah dikalungkan kepada orang yang paling hampir, terlerai punah harapan bila mana kita 'terlepas pandang' untuk mengucapkannya? kesian bukan? apalah malang nasib yang mengharap tu bukan?







alasan? of coz...carilah seberapa banyak alasan yang termampu untuk mengcover 'keterlepas pandangan' kita tuh. tapi tidak semudah itu untuk merawat hati yang lara. terkilan sudah. pilu menyelubungi. kegembiraan yang diharapkan kesayuan yang hadir menjengah.







"alah...aku hargai jugak walaupun terlewat sikit je". yes, that's correct. but pernahkah kita terfikir perasaan orang yang mengharap tu? pernahkah kita tertanya-tanya bagaimanakah perasaan yang mengharap tu? itulah, perkara sebegini memang nampak agak remeh-temeh. simple je. alah...kacang je benda ni. mesti ingat punyalah. tapi kita tidak pernah mahu menterjemahkannya kepada tindakan. jangan kerana 'keterlepas pandangan' kita tuh, ada awan kelabu berarak di dalam hati mereka. bukan mudah untuk menghargai ni. nak mengingat pun kita adakalanya tergelincir ke gaung, inikan pula nak menghargai? jauh api dari panggang!







tak guna jugak kalo kita dah buat reminder tapi kita 'snooze' kan reminder tersebut. tepuk dada tanyalah pada kata hati, dengarkanlah apa kata hati kerana adakalanya ikut kata hati tidak akan mati..







********************





usahlah kita selalu take for granted.
susah kita mencari tagih simpati.
senang kita berlari meninggalkannya sepi.